|
|
|
|
SKUAD KLFM DILANCARKAN |
 |
|
2008 melakarkan satu lagi sejarah buat Stesen Interaktif KLfm apabila Skuad KLfm dilancarkan secara rasminya pada 8 Januari 2008 di Auditorium P. Ramlee, Angkasapuri Kuala Lumpur. Majlis gilang gemilang itu disempurnakan oleh Yang Berhormat Puan Noriah Kasnon, Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan mewakili Menteri Penerangan, Yang Berhormat Datuk Seri Zainudin Maidin. Turut hadir, Timbalan Pengurus Besar Naza Bikes, Encik Zulkifli Abdul Manan selaku wakil Kumpulan Naza yang menjadi penaja rasmi empat buah motorsikal Naza GTR 150 untuk skuad KLfm, Timbalan Ketua Setiausaha Kemeneterian Penerangan, Yang Berbahagia Dato' Adilah Shek Omar, Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran, Tuan Haji Keliwon Pajhar, Pengarah Siaran Radio dan Puan Fee Lin Chew, Pengawal KLfm. majlis juga dimeriahkan dengan kehadiran Sahabat-sahabat KLfm, Ahli Kelab Lost dan Bladers dari Naza Bikes serta Ahli Majlis Belia Malaysia.
Seramai 11 orang anggota Skuad KLfm yang telah menerima latihan khusus akan membuat laporan keadaan trafik sekitar Kuala Lumpur bermula 14 Januari ini sebanyak empat kali sehari iaitu pada pukul 7.45 pagi, 8.15 pagi, 5.45 petang dan 6.15 petang - lima hari seminggu, menambah laporan trafik sedia ada oleh Polis Di Raja Malaysia dan bahagian Trafik, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
|
|
|
|
SELAMAT BERTUGAS DI TEMPAT BARU |
 |
|
Selepas Preimah meninggalkan KLfm kerana bersara wajib November lalu, KLfm kehilangan seorang lagi deejay, Norizan Mohd Shaad atau lebih mesra dengan nama dj Ezan yang mengakhiri tugas sebagai penyampai 14 Januari lalu. Setelah lebih dua tahun bersama KLfm, Ezan akan memulakan pengajian di maktab selama setahun sebelum bergelar guru. Semoga cekal menjadi guru yang mendidik anak bangsa yang terbilang. Semoga saat bersama warga kerja KLfm dan Sahabat akan tersemat sebagai kenangan terindah. Lagi
|
|
|
|
BOLING PERSAHABATAN KLFM - KARYAWAN - MEDIA |
 |
|
Sesekali bertemu apatah lagi di gelanggang boling pasti meriah. Ini terbukti pada Pertandingan boling persahabatan antara deejay-deejay KLfm - Karyawan - Media anjuran Persatuan Karyawan di Megalanes Alam Sentral, Shah Alam, 26 Januari lalu. Bukan main lagi deejay-deejay KLfm menunjukkan masing-masing. Antaranya, Dave, Aein, Kroll, Reamy, Hezry, Azizah Sulaiman, Nazirah dan penampilan sulung selepas cuti bersalin, Dj Mimie selain Shah. Tahniah untuk Aein yang telah dinobatkan sebagai Juara bagi kategori wanita manakala bagi kategori lelaki diungguli Dj Dave sebagai Naib Juara yang hanya tewas 12 pin di belakang Juara, wartawan dari Media Hiburan. Tidak ketinggalan, syabas untuk Kroll, Reamy dan Hj Zullastree yang terpilih antara 10 pemain terbaik kategori lelaki.
Pertandingan sengit hari tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran Pengawal KLfm, Puan Fee Lin Chew yang turun padang untuk memberikan sokongan, selain artis terkenal Khai, Dafi, Azizul Khamis, Salwa Abdul Rahman dan Rohana Jalil. Syabas untuk penganjur, Persatuan Karyawan Malaysia! Jumpa lagi di pertandingan akan datang.
Klik di sini untuk gambar-gambar sekitar pertandingan.
|
|
|
|
SAMBUTAN HARI WILAYAH 2008 |
 |
|
Festival Hari Wilayah ke-34 tahun yang disambut pada 2 dan 3 Februari 2008 lalu di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur memang cukup meriah. Berbanding tahun lalu, kali ini KLfm bersiaran secara 'live' selama dua hari bagi memberi peluang istimewa untuk wargakota lebih dekat dengan deejay dan warga kerja KLfm. Pelbagai acara menarik disediakan khusus untuk pendengar dan wargakota, termasuklah pameran motorsikal bersama Skuad KLfm, jualan pelbagai cenderamata eksklusif KLfm, Kuiz Cuit-cuit Minda, KLfm Klik Sana Sini, 'Musical Chair', 'The Mummy', Conteng-conteng, Makan buah pisang dan buah limau mandarin, Tiup Belon dan Tiup Tepung. Rata-rata pengunjung tidak balik dengan tangan kosong kerana cukup banyak hadiah disediakan menghangatkan lagi suasana festival.
Lebih istimewa dengan kehadiran tetamu kehormat, Yang Berhormat Datuk Seri Zulhasnan Rafique, Menteri Wilayah Persekutuan dan Datin Seri Anna Razak, Timbalan Menteri, Presiden Perbadanan Putrajaya, Datuk Bandar Kuala Lumpur dan Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur selain Pengawal Klfm, Puan Fee Lin Chew.
Terima kasih untuk anda yang telah sama-sama memeriahkan Festival Hari Wilayah tahun ini. Jumpa lagi tahun depan. Untuk gambar-gambar sekitar kemeriah sambutan Festival Hari Wilayah 2008, Klik di sini.
|
|
|
|
SELAMAT BERHIJRAH |
 |
|
KLfm kehilangan seorang lagi deejay. Siapa yang tidak kenal dengan Dj Kroll @ Roy yang telah menamatkan tugas di Klfm hujung Januari lalu untuk memulakan tigas di tempat baharu - Muzikfm. Majlis perpisahan dan doa selamat telah diadakan baru-baru ini di pejabat KLfm istimewa untuk Dj Kroll, Dj Mimie yang telah kembali memulakan tugas selepas cuti bersalin dan untuk Dj Julia yang dijangka bersalin hujung Februari ini. Untuk Dj Kroll, semoga terus dedikasi dalam menjalankan tugas demi menaikkan nama stesen radio RTM! Lihat gambar
|
|
|
|
Ujibakat Pertandingan Bintang Klasik Nasional 2008 |
 |
|
 Wargakota yang memeriahkan sesi ujibakat
Tahniah untuk semua peserta yang telah menghadiri ujibakat Pertandingan Bintang Klasik Nasional 2008 pada 26 April lalu di Pentas Utama Pasar Seni, KL. Hampir 200 peserta telah memeriahkan sesi ujibakat peringkat Kuala Lumpur ini yang diadili oleh juri, Encik Nasir Dato' Ahmad Nawab dan Encik Rusmadi dari Rentak 50. Lebih membanggakan, ramai golongan muda yang turut serta selain berbakat besar.
Bagaimanapun, hanya peserta yang dihubungi oleh pihak KLfm saja layak ke peringkat seterusnya. Mereka yang datang juga tidak ketinggalan untuk mendapatkan khidmat nasihat kewangan dari Hijrah Management dan pemeriksaan kesihatan oleh Jabatan Kesihatan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur selain persembahan nyanyian oleh Nassier Wahab dan The Girls. Siapakah agaknya yang akan terpilih bagi mewakili Kuala Lumpur bertanding di peringkat zon, sama-sama kita nantikan.
KLIK DI SINI untuk gambar-gambar sekitar Ujibakat BKN 2008.
|
|
|
|
Selamat Pengantin Baru Mimie |
 |
|

Selamat Pengantin Baru untuk Mimie yang baru saja mengakhiri zaman bujangnya bersama jejaka pilihan hati, Nazarudin pada 10 Februari lalu. Majlis berlangsung meriah di kediamannya di Johor Bahru. Pasangan mempelai tampak cantik dan menawan dengan busana lace biru muda, majlis turut dimeriahkan dengan persembahan kugiran. Adi pun tak ketinggalan untuk menyumbangkan suara dengan lagu Pencinta wanita dan kenanganku! Rombongan deejay-deejay KLfm yang bertolak awal dari KL turut hadir memeriahkan majlis. Moga bahagia ke akhir hayat untuk mereka.
|
|
|
|

 Antara tetamu KLfm yang hadir ... (Belakang) Noraini Ibnu, MK, Azizah Sulaiman (Depan) Kroll, Fauziah Zakaria, Azlan, Mimie, E-Zan dan Hj Zullastree.
SELAMAT PENGANTIN BARU kepada Julia dan pasangannya Muhammad Shahzil Abu Bakar 1 April lalu. Majlis yang berlangsung meriah dengan kehadiran kira-kira 5000 orang termasuk jemputan dan Sahabat KLfm. Majlis akad nikah berlangsung pada 30 Mac 2007 sempena ulangtahun kelahiran Julia di Surau Jalan Haji Musran jam 3.30 petang dengan sekali lafaz. Acara memotong kek kelahiran bersama-sama adik beradik yang turut lahir dalam bulan Mac berlangsung sejurus majlis akad nikah di rumah. Malamnya, acara menukar persalinan sebanyak 7 helai pakaian berlanjutan hingga tengah malam.
Majlis berinai berlangsung dengan penuh meriah pada 31 Mac 2007 dalam suasana hujan renyai dengan persalinan songket bunga tabur warna jingga. Majlis khatam Al-Quran berlangsung pada pagi ahad.
Acara kemuncak, persandingan kedua mempelai pada 1 April dengan persalinan lace merah jambu sentuhan Butik Kamarini's Bridal Sense. Turut memeriahkan majlis termasuklah kehadiran Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran Radio, Yang Berbahagia Dato' Adilah Shek Omar dan suami serta YM Tengku Idris Tengku Din, Pengawal KLfm dan deejay-deejay KLfm lain. Moga berkekalan ke akhir hayat. 
|
|

SELAMAT PENGANTIN BARU kepada Julia dan pasangannya Muhammad Shahzil Abu Bakar 1 April lalu. Majlis yang berlangsung meriah dengan kehadiran kira-kira 5000 orang termasuk jemputan dan Sahabat KLfm. Majlis akad nikah berlangsung pada 30 Mac 2007 sempena ulangtahun kelahiran Julia di Surau Jalan Haji Musran jam 3.30 petang dengan sekali lafaz. Acara memotong kek kelahiran bersama-sama adik beradik yang turut lahir dalam bulan Mac berlangsung sejurus majlis akad nikah di rumah. Malamnya, acara menukar persalinan sebanyak 7 helai pakaian berlanjutan hingga tengah malam.
Majlis berinai berlangsung dengan penuh meriah pada 31 Mac 2007 dalam suasana hujan renyai dengan persalinan songket bunga tabur warna jingga. Majlis khatam Al-Quran berlangsung pada pagi ahad.
Acara kemuncak, persandingan kedua mempelai pada 1 April dengan persalinan lace merah jambu sentuhan Butik Kamarini's Bridal Sense. Turut memeriahkan majlis termasuklah kehadiran Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran Radio, Yang Berbahagia Dato' Adilah Shek Omar dan suami serta YM Tengku Idris Tengku Din, Pengawal KLfm dan deejay-deejay KLfm lain. Moga berkekalan ke akhir hayat.

Mesti ramai yang nak tahu di siapa sebalik tabir drama khas Raya Oh Raya yang disiarkan pada Hari Raya pertama jam 2.00 petang lalu. Drama ini diterbitkan oleh Dj Julia, yang juga merupakan buah tangan pertamanya dan dibantu oleh Dj Izan sebagai Penerbit Bersama manakala Dj Irwan Syah selaku penasihat teknikal. Terima kasih juga kepada Dj Loak dan semua yang terlibat. So, kalau nak tengok lebih banyak gambar, termasuklah aksi-aksi Dj dan artis-artis yang terlibat dalam proses rakaman drama ini, jenguklah ke Galeri Foto KLfm.. Semuanya ada..
 Antara Dj KLfm yang turun padang
MERIAH! Itulah ungkapan paling tepat untuk menafsirkan Sambutan Hari Wilayah 2006 yang berlangsung di Dataran Merdeka 11 Februari lalu. Bukan hanya acara yang disediakan sempena pelancarannya seperti pertunjukan payung terjun, brass band dan pasukan sorak pada awal pagi, tapi juga kehangatan gerai dan studio mini KLfm yang dimeriahkan dengan kehadiran ribuan Sahabat sejak awal pagi.
Jualan cenderamata ekslusif KLfm turut 'SOLD OUT' terutamanya t-shirt baru KLfm. Sahabat KLfm turut berpeluang untuk mendapatkan stiker Sahabat dari pihak DAPAT. Selain itu, kaunter pendaftaran Majlis Malam Mesra Sahabat bersama KLfm dan DAPAT turut mendapat perhatian.
Sahabat juga dapat menyaksikan sendiri studio mini yang dikendalikan oleh Dj-dj KLfm, bersiaran secara langsung dari sana. Disamping itu, Sahabat juga berpeluang untuk mencuba bakat sebagai penyampai radio menerusi ujibakat yang diadakan.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Yang Berbahagia Dato' Haji Ruslin Haji Hassan serta Ketua Pengarah DBKL, Tuan Haji Salleh Yusup turut ditemuramah oleh Dj Preimah dan Dj Hj Zulass3 mengenai aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang sambutan ke 32 itu.
Celoteh Dj Loak dan Kzie terus menggamatkan suasana dengan soalan kuiz spontan serta 'game' ringkas yang menyeronokkan. Tahniah juga diucapkan kepada pasukan KLfm yang dibarisi Dj Remy dan Sahabat kerana menjadi naib juara pertandingan paintball. Dipendekkan cerita, rugilah yang tak dapat datang tu. Apapun. terima kasih kepada Sahabat-sahabat yang sudi meluangkan masa untuk memeriahkan kaunter KLfm. Klik di Galeri foto Klfm untuk saksikan lebih banyak gambar lain. Terima kasih daun keladi, lain kali datang lagi.

Malam Mesra Sahabat bersama KLFM dan DAPAT berlangsung dengan jayanya di Hotel Quality, Kuala Lumpur 25 Februari lalu. Jika sebelum ini hanya mendengar celoteh para Dj menerusi corong radio, majlis tersebut menemukan penyampai dengan para pendengar atau lebih tepat, Sahabat-Sahabat KLfm.
Persembahan turut dimeriahkan dengan persembahan tarian oleh Sahabat, nyanyian oleh Dj Kzie juga cabutan bertuah selain acara kemuncaknya, nyanyian beramai-ramai Dj dan penganjur yang terdiri daripada Sahabat KLfm sendiri.
Turut hadir, Pengurus KLFM, Tengku Idris Tengku Din dan Penyelia, Puan Noraini Ibnu bersama Dj-dj KLfm, juga Encik Azli daripada DAPAT bersama kakitangannya.
Terima kasih kepada semua Sahabat yang terus memberikan sokongan dalam apa jua cara.
 Akhbar Berita Harian 21 Mac 2006
|
|