|
|
|
|

Deejay KLfm akan menentang asrtis untuk perlawanan Futsal selebriti Figos yang akan berlangsung di Sport Planet, Ampang pada 28 Januari ini! Program ini merupakan anjuran bersama Persatuan Karyawan dan Figos, pengeluar barangan sukan yang semakin mendapat tempat di Malaysia manakala KLfm bertindak sebagai radio rasmi serta kerjasama DAPAT Vista dan Milo.
Majlis sidang akhbar berlangsung 16 Januari 2007 di pejabat Persatuian Karyawan, Petaling jaya yang turut dihadiri wakil-wakil penaja, deejay dan artis yang akan menjayakan pertandingan itu nanti. KLfm akan menghantar 2 pasukan ( deejay lelaki dan wanita ).
Hadir pada majlis tersebut, Presiden Karyawan, Freddie Fernandez; Ketua Bahagian Rancangan KLfm, Rida Suzirawati Muda; Timbalan Presiden DAPAT Vista (M) Sdn Bhd, Azli Paat; Pengarah Urusan Figos Sdn Bhd, Tang Kok Wai dan Focus Arena Sports & Events, Nik Muhd Radzi.
Menurut Freddie pertandingan futsal selebriti itu lebih bermakna kerana hasil kutipan pertandingan akan disalurkan khusus kepada mangsa banjir.
“Pada mulanya pertandingan ini dianjurkan bagi menambah dana tabung skim pencen artis veteran Karyawan namun akhirnya kami sebulat suara memutuskan untuk menyalurkan semua kutipan kepada mangsa banjir berkenaan.
“Pihak kami juga menyediakan tabung bantuan banjir Johor pada hari pertandingan ini nanti bagi memberi peluang kepada orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan ikhklas mereka,” katanya.
Pertandingan futsal selebriti ini akan berlangsung pada 28 Januari di Sports Planet, Ampang, Kuala Lumpur dengan kerjasama Sahabat Karyawan dan KLfm.
Barisan artis popular yang akan beraksi sempena pertandingan ini seperti Mawi, Zahid, Haziq, Faizal, Marsha, Farahdiya, Amylea, Hattan, Nash, Yantzen, Felix dan deejay KLfm dan ramai lagi.
Untuk anda yang berminat untuk turut serta, pertandingan ini terbuka kepada orang ramai yang berminat dalam permainan futsal dan terbahagi kepada dua kategori lelaki dan wanita.
Yuran penyertaan sebanyak RM200 (terbuka lelaki) dan RM160 untuk (terbuka wanita).
Hadiah disediakan Figos Sdn Bhd Juara Terbuka lelaki akan menerima wang tunai RM2,000 serta barangan Figos dan Juara Terbuka wanita akan membawa pulang RM700 serta barangan Figos.
Mereka yang berminat untuk menyertai pertandingan ini boleh mendapatkan borang penyertaan di lokasi Sports Planet, Ampang atau hubungi pejabat Karyawan menerusi talian 03-79552967/79606459 atau Nik Radzi 019 3519934 untuk tempahan dan maklumat selanjutnya.
|
|
|
|

 Aksi si kecil menghabiskan buah tembikai
Memang meriah! KLfm yang turun padang sempena Festival Hari Wilayah Persekutuan 2007 di Taman Tasik Titiwangsa, KL pada 3 Februari lalu mendapat sambutan yang cukup menggalakkan daripada wargakota termasuklah Sahabat KLfm.
Warga KLfm yang terdiri daripada deejay dan krew itu berkampung sejak awal pagi untuk bersiaran secara langsung mulai jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
Pelbagai acara menarik disediakan termasuklah pertandingan makan buah yang menarik perhatian ramai. Ia terbahagi kepada tiga kategori iaitu kanak-kanak dengan seramai 35 penyertaan, dewasa wanita dan lelaki. Para peserta dikehendaki menghabiskan potongan buah tembikai yang disediakan dengan catatan masa terpantas.
Turut mendapat perhatian, pertandingan Mari Melilit Mumia bagi kategori pasangan dan kanak-kanak. Selain itu, turut disediakan jualan cenderamata eksklusif KLfm, kuiz dan 'dj console'.
Ia merupakan aktiviti tahunan KLfm melibatkan diri sempena sambutan Hari Wilayah. Terima kasih kepada semua yang hadir, dan para penaja hadiah termasuklah Fama yang menaja buah tembikai sebanyak 30 biji, Eye On Malaysia. Kekwa, Saloma Bistro dan Adabi. Rugi siapa yang tak datang. Inilah masanya untuk bertemu dengan deejay-deejay.. Apapun, jumpa lagi tahun depan! Selamat Hari Wilayah ke-33!
|
|
|
|
 Menteri Wilayah Persekutuan dan Datuk Bandar ketika ditemubual oleh Preimah
|
|
 KLFM memenangi Anugerah Hari Q RTM 2005. Tahniah kepada Pengawal, semua pihak pengurusan, DJ dan juga Sahabat KLFM. KLFM boleh!
 Antara barisan Deejay yang memeriahkan Karnival Memancing 2
Tahniah KLfm kerana menganjurkan Kernival Memancing 2 dengan jayanya yang berlangsung baru-baru ini dengan kerjasama Persatuan Pengembara RTM. Karnival yang cukup meriah itu turut menyaksikan Pertandingan Akhir Karaoke Kenangan Lalu KL dan Pertandingan Tiru Macam Saya. Sekalung budi diucapkan kepada para penaja, Dapat Vista, Crony (M) Sdn. Bhd, Warner dan EMI.

 BPR bersama Dj dan Pelatih KLfm
MELETUP! Itulah kata-kata yang tepat untuk menggambarkan betapa meriahnya Jamm@KLfm bersama BPR yang berlangsung di Auditorium P. Ramlee, Angkasapuri baru-baru ini.
Mana tidaknya, auditorum yang hanya berkapasiti 150 orang pada satu-satu masa telah diserbu lebih 300 orang yang terdiri daripada Sahabat semata-mata untuk menyaksikan kehebatan BPR beraksi setelah sekian lama tidak muncul di khalayak ramai.
Seawal jam 10.00 malam lagi sudah ada yang menanti membuktikan sokongan yang tidak berbelah bagi untuk BPR yang masih lagi bertahan dan dianggap sebagai salah satu band 'otai' di negara ini.
Kemantapan vokal Joey BPR masih menyengat seperti dulu apatah lagi beraksi bersama-sama rakan seperjuangan yang lain seperti Awang BPR, Yembai, Harun, Din dan penampilan istimewa Bell.
Mereka mempersembahkan 11 buah lagu yang diminta menerusi sms, panggilan telefon dan penonton di auditorium.

KLFM MERIAHKAN EKSPOTANI UPM
 Dj, Pelatih dan Sahabat KLfm
KLfm turut serta memeriahkan Ekspotani UPM sempena Pesta Konvokesyen ke-30 universiti tersebut 30 Julai 2006 lalu. Selain konti sementara yang dikendalikan oleh Dj-dj, KLfm turut menjual barangan cenderamata istimewa penghabisan stok dan CD Rock and Blues selain kehadiran Sahabat yang menghangatkan suasana.

 Meriahnya KLfm bersama warga baru bergambar di konti.. Dari kiri (depan) Remy, Azlan, Nik Aida, Adie.. Bah, Kak Posh, Azizah Md. Isa. Belakang (Dari kiri) Puan Rida, Azizah Sulaiman, Mimie, Kzie, Zullastree dan K'roll. Gambar - Terima kasih kepada akhbar Mingguan Perdana.


Raihan bersama dj-dj KLfm
Persembahan mereka masih menyerlah meskipun telah masuk tahun ke-10 penubuhannya. Raihan, kumpulan nasyid popular Malaysia mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi kumpulan nasyid sulung menjayakan program yang kian mendapat tempat di hati pendengar, Jamm@KLfm bersama Raihan. Menariknya, mereka turut membawa bersama sekumpulan 8 orang pemuzik dari Akademi Seni Kebangsaan (ASK) yang dikenali sebagai SWARA.
Biarpun diadakan dalam bulan Ramadhan, program ini terus mendapat perhatian dengan mempersembahkan 12 buah lagu-lagu popular mereka seperti Ching Ai Ching Ai, Demi Masa, I'tiraf dan lagu dari album terbaru, Tawakkal. Raihan merupakan satu-satunya kumpulan nasyid yang banyak membuat persembahan di luar negara termasuklah Australia, Rusia, United Kingdom dan terbaru Trinidad and Tobago dan dijadualkan mengadakan persembahan di Dubai pada Hari Raya kedua nanti.
Jamm@KLfm bersama Raihan selama satu setengah jam itu turut menampilkan penyanyi baru mereka, Nordin Jaafar. Ini merupakan kali kelima program terbitan Loakman Abdul Rahman di Auditorium P. Ramlee, Wisma Radio, Angkasapuri.

 Jenab, Jeton dan Jeha
Selepas drama sulung terbitan KLfm tahun lalu, Raya Oh Raya 2005, Jeton, Jenab dan Jeha kembali menggamatkan ruang udara 97.2fm dengan Drama khas Raya Oh Raya 2 sempena aidilfitri 2006 pada hari raya pertama dan kedua manakala ulangannya pada minggu kedua jam 2.30 petang.
Kali ini lebih meriah dengan menampilkan lebih ramai dj-dj KLfm termasuklah MK, Loakman, Azlan Omar, Hezry, Hj Zullastri, Mimi, Khairol, Azizah Sulaiman,Amirudin dan Adi.bersama pelawak terkenal tanahair, Abon dan Jaafar Onn. Jangan terlepas mendengarnya!
Aidilfitri bakal menjelma. Seperti biasa tiga sahabat karib Jeton, Jeha dan Jenab antara orang yang paling sibuk membuat persiapan hari raya. Pengalaman mencari duit poket lebih dengan menjual kuih benar-benar meninggalkan kenangan pertama kali menjejakkan kaki di Kula Lumpur.
Sinopsis:
Namun, kini mereka telah berpindah rumah dan bertukar kerja setelah kilang tempat mereka bekerja sebelum ini ditutup kerana ‘bankrap’. Jeton bekerja di restoran makanan segera, Jeha sebagai jurutol manakala Jenab sebagai kerani am di sebuah syarikat swasta. Jika tahun lalu mereka dapat beraya di kampung namun lain pula ceritanya tahun ini. Hanya Jenab saja mendapat cuti memandangkan syarikatnya ditutup sepanjang perayaan. Apalagi, Jeton dan Jeha pun memulakan kempen ‘Jom Raya di Bandar’ bukan kerana semangat nak merasa suasana raya di kota tapi alang-alang tak dapat balik beraya.. biar semua tak dapat. Bagaimana pula gelagat mereka menyambut lebaran tahun ini?

 Warga KLfm bersama Y. Bhg. Dato' Adilah
Memukau dengan pesona merah-hitam. Inilah gambaran terbaik untuk Majlis KLfm - KLIH yang berlangsung meriah pada 17 November lalu bertempat di Kuala Lumpur International Hotel. Ini merupakan kali ketiga KLfm bekerjasama dengan KLIH untuk majlis raya. Dengan seramai 200 orang Sahabat yang berjaya menjadi mereka yang terawal mendaftar serta jemputan lain, majlis pastinya hangat apatah lagi bila sekali-sekali bersua muka dengan dj-dj kegemaran mereka.
Sebagaimana kelaziman, majlis raya ini dianjurkan bagi mengeratkan hubungan antara Sahabat dengan deejay yang telah lama terjalin dan sebagai tanda penghargaan kepada pihak lain yang bekerjasama dengan KLfm.
Kesemua deejay tidak melepaskan peluang untuk bermesra dengan para Sahabat yang sentiasa memberikan sokongan padu terhadap stesen yang telah 33 tahun bersama pendengar ini. Biarpun hanya suara menjadi peneman di udara namun tidak sekali menjadi jurang kemesraan antara warga kerja KLfm dengan Sahabat.
 Ning Baizura beramah mesra bersama Sahabat
Majlis pada malam itu turut dimeriahkan dengan persembahan artis tersohor tanahair seperti Ning Baizura, Izwan Pilus, Sofaz, Leez, Samir, Idham dan artis yang yang didatangkan khas dari Singapura, Andresha. Tidak ketinggalan persembahan nyanyian deejay-deejay KLfm, Mimie dan Hj Zullastree berduet dengan penyanyi turut mengundang perhatian. Acara lain termasuklah cabutan bertuah dan nombor misteri.
Tema merah-hitam yang memukau sempena warna korporat KLfm menyerlahkan lagi penampilan para deejay yang bergaya dengan koleksi terbaru busana butik-butik terkenal tanahair seperti Butik Pengantin Syahirah, Butik Pengantin Azue, Den Wahab dan Kamarini's Bridal sense serta mendapat sentuhan jurumekap Ros Hashim dan rakan-rakan.
Kehadiran Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran, Yang Berbahagia Dato' Adilah Shek Omar menyerikan lagi acara. Sahabat yang paling bergaya, Lovelylace dinobatkan sebagai Queen Of The Night manakala Putera Impian King Of The Night.
 King & Queen Of The Night
Sahabat yang datang juga tidak pulang dengan tangan kosong kerana membawa bersama ole-ole sumbangan Mydin dan Karangkraf. Syabas dan dan tahniah untuk semua warga kerja KLfm yang bertungkus lumus memastikan segalanya berjalan lancar, juga kepada semua Sahabat. Teruslah menyokong KLfm. Jumpa lagi di majlis raya tahun depan! - JH

 Serba boleh ...
Kalau sebelum ini para pendengar KLfm disajikan dengan persembahan 'live' artis menerusi jamm @ KLfm, namun kali ini lain pula ceritanya bila giliran deejay pula yang dikehendaki membuat persembahan.
Sempena majlis sambutan hari raya peringkat radio yang diadakan di Wisma Radio baru-baru menyaksikan persembahan KLfm dengan lagu Satu Malam Di Malam Hari Raya nyanyian kumpulan Nakkal yang diubahsuai liriknya oleh MK menceritakan sendaloka deejay yang tidak dapat pulang beraya dan terpaksa bertugas pada malam raya demi pendengar setia sambil bermain alat muzik.
Persembahan yang menghiburkan dan mencuit hati dengan telatah para deejay dengan gaya sendiri mendapat tepukan gemuruh para hadirin.
Lebih menarik, 1000 cucuk sate ayam dan daging juga tapai pulut sebagai pencuci mulut habis tidak sampai 20 minit! Manakan tidak, para jemputan sudah sedia di tepi meja sebelum acara menjamu selera bermula lagi semata-mata tidak mahu ketinggalan merasa sate dan tapai tersebut.
Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran, Y. Bhg. Dato' Adilah Shek Omar tidak ketinggalan mengunjungi gerai KLfm untuk bermesra dengan para deejay. - JH

AZIZAH DAN MIMIE PAMER AKSI
Bukan hanya hebat beraksi di konti tapi juga di padang! Tahniah kepada RTM yang berjaya dinobatkan sebagai juara bagi acara bola jaring dalam Temasya Sukan Kementerian Penerangan. Pada 2 dan 3 Disember 2006 yang lalu, pasukan bola jaring RTM telah menyertai perlawanan bola jaring antara agensi di bawah Kementerian Penerangan Malaysia di Angkasapuri. Sebanyak enam pasukan yang menyertai perlawanan tersebut termasuklah JASA, BERNAMA, Jabatan Penerangan, Filem Negara Malaysia, RTM dan Kementerian Penerangan Malaysia (KEMPEN).
RTM yang berada dalam Kumpulan A selain JASA dan KEMPEN mudah menumpaskan pasukan lain yang bertanding secara liga manakala Kumpulan B terdiri daripada Filem Negara Malaysia, Jabatan Penerangan dan BERNAMA.
Kumpulan A dimenangi oleh RTM dan naib juara dimenangi oleh JASA manakala juara bagi Kumpulan B dimenangi oleh Jabatan Penerangan dan naib juara dimenangi oleh BERNAMA. Pada peringkat akhir, JASA bertemu BERNAMA bagi menentukan tempat ketiga dan keempat yang mana tempat ketiga dimenangi oleh BERNAMA dan tempat keempat dimenangi oleh JASA.
Bagi penentuan juara dan naib juara, RTM bertemu dengan Jabatan Penerangan yang mana RTM berjaya menjadi juara setelah menewaskan pasukan Jabatan Penerangan dengan gol jaringan 11-3. Lebih membanggakan, 2 orang DJ dari KLfm turut membantu mengangkat pasukan RTM sebagai juara pada perlawanan bola jaring pada tahun ini, iaitu DJ Azizah Sulaiman yang bermain dalam posisi Goal Shooter (GS) dan DJ Mimie yang bermain dalam posisi Goal Attacker (GA). Syabas dan tahniah kepada kedua-dua DJ ini dan khasnya pasukan RTM atas pencapaian tersebut. Bravo!-MM
|
|

 Anugerah Penghargaan Khas Media - Organisasi MFA 2006
KLfm telah dianugerahkan Anugerah Penghargaan Khas Media - Organisasi oleh MFA sempena Anugerah Franchais Malaysia 2006 baru-baru ini. Anuegrah diterima oleh Ketua Bahagian Rancangan KLfm, Puan Rida Suzirawati Muda.
 Majlis Raya KLfm - KLIH
 Sambutan Hari Lahir Deejay ketika Pelancaran Bendera Wilayah Persekutuan di Dataran Merdeka
 Team Power Beb.. sempena Boling Ria Sahabat KLfm 2006
|
|

Masih bertenaga. Blues Gang dengan aksi tersendiri
Memang gempak! Biarpun masih baru namun program Jamm@ KLfm yang ke udara menerusi segmen Live@KLfm 11 Jun 2006 lalu terus mendapat tempat di hati kira-kira 120 orang penonton di Auditorium P. Ramlee, Angkasapuri. Ii merupakan konsert radio berpenonton kedua selepas penampilan kumpulan Semangat Zaman Program mendapat sambutan hangat Mei lalu. Lalu-lagu seperti Khatulistiwa, Oh Mak Siti, Oh Mama Saya Mahu Kahwin dan Apo Nak Di Kato mengimbau kembali kenangan manis Blues Gang ketika zaman kegemilangannya. Program terbitan Loakman Abdul Rahman itu ke udara secara langsung selama lebih kurang dua jam masih belum dapat menghilangkan kerinduan para peminat blues tanahair terhadap kumpulan yang masih kekal bertahan, Blues Gang. Program turut dimeriahkan dengan penampilan istimewa Joe Wings. Dj MK bertindak sebagai Pengacara pentas manakala Dj Kzie mengendalikan rancangan itu di konti KLfm. Untuk yang tidak berkesempatan untuk datang menyaksikan secara langsung, nantikan bulan depan untuk artis seterusnya..

Aduhai.. kalahlah pulak. Barisan artis dikecewakan 'team' KLfm apabila cubaan untuk mencantas kehebatan pasukan tuan rumah yang dibarisi oleh dj-dj KLfm dan Traxxfm pada Pertandingan Tarik Tali sempena Ulangtahun RTM ke 60 baru-baru ini. Acara dimeriahkan lagi dengan sorakan ratusan Sahabat yang datang untuk memberikan sokongan. Biarpun tidak menang, namun komitmen dan semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh para artis seperti Celia, Faizull, Eddie Hamid dan Eja(Bintang RTM) patut diberikan pujian, selain mengeratkan hubungan diantara Sahabat, Dj dan artis. Terima kasih daun keladi, tahun depan kita lawan lagi..
|
|