|
Untuk mendengar klfm online gunakan aplikasi Internet Explorer
|
|
KLFM KINI RADIO MALAYSIA KLFM |
 |
|
KLFM kini dikenali sebagai Radio Malaysia KLfm, nama baharu yang diguna pakai secara rasmi mulai 31 Mei 2009. Bagaimanapun, tiada perubahan dari segi pengisian mahupun nama-nama segmen di Radio Malaysia KLfm. Terima kasih atas sokongan anda.
|
|
|
|
KLFM @ Hari Wilayah 2009 |
 |
|
SEPERTI LAZIMNYA, KLFM akan bersama-sama memeriahkan sambutan Hari Wilayah. Bagi sambutan ke 35 tahun ini, KLfm bersiaran secara langsung selama dua hari di Studio Sementara KLfm di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. Lebih menarik, sambutan kali turut diserikan dengan kehadiran YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi yang singgah ke booth KLfm untuk memotong pulut kuning dan ditemuramah di konti KLfm, bersama isteri serta YB Menteri Wilayah Persekutuan, Dato Seri Zulhasnan Rafique selepas melancarkan Sambutan dan Festival Hari Wilayah Persekutuan ke-35.
Meskipun hujan lebat di sebelah petangnya pada kedua-dua hari, Gerai KLfm tetap meriah dengan sambutan wargakota dan Sahabat KLfm sendiri khususnya. Selain sukaneka, Gerai KLfm turut meriah dengan kehadiran novelis dari Buku Prima, demonstrasi masakan oleh Chef Yang Jamil dari Home Chef serta Konsert Mini dan Deklamasi Puisi Kemanusiaan dari KL ke Gaza yang disertai barisan artis terkenal seperti Kuza, Awan, Joey Exist, Naufara, Acong Sweetchild dan ramai lagi.
Terima kasih untuk Karangkraf, Buku Prima dan Dunia Herbs.



|
|
|
|
SLOGAN KLFM 2009 |
 |
|
|
|
|
|
KLFM TERIMA PENGIKTIRAFAN |
 |
|
KLFM telah menerima Anugerah Inovasi pada Majlis Anugerah Hari Q RTM yang diadakan di Auditorium Perdana, baru-baru ini. Anugerah yang julung kali diperkenalkan tahun ini mengiktiraf stesen atau jabatan yang berjaya melakukan inovasi terbaharu dalam pelaksaan tugasan mahupun pengaplikasian teknologi terkini. Lebih bermakna apabila anugerah ini diberikan menjelang ulangtahun KLfm ke 35 pada 5 November lalu. Syabas dan tahniah!!
|
|
 Cerianya .. Dj Mimie, Ain, Nia dan Kzie
|